Istana Negara, Jalan Duta yang mula beroperasi secara rasminya pada 11 November 2011 adalah satu lagi tarikan pelancongan popular tidak kira pelancong dari dalam ataupun luar Negara. Istana Negara yang baru ini dibina untuk menggantikan Istana Negara yang sudah digunakan sejak 1957. Ia diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011. Binaannya merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.
Dah selesai menaip pasal 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur. Menarikkan. Kan? Kan? Hehe. Jadi, kepada semua, kalau ada masa tu, boleh la kita pergi jalan-jalan pusing satu Kuala Lumpur sama-sama. Even Shad yang menaip entry ni pun, baru ja jejak beberapa tempat yang disenaraikan di atas. Ada masa nak pergi dengan my kawan2 satu Uni. Kuala Lumpur memang awesome. Tengah-tengah Bandar pun ada lautan, ada taman bagai. Daebak!! So, Shad nak mintak maaf kalau ada info Shad kat atas ni yang tersilap ka apa ka. Buah cempedak di luar pagar, pisang emas dibawa belayar, saya budak baru belajar, salah silap tolong ajarkan. Chek bukan orang Kuala Lumpur nak habaq mai kat hangpa semua. Hehe.







