Tadaaaaa, Menara Berkembar Petronas ni memanglah teramat awesome. Sapa tak kenal kan, bangunan berkembar tertinggi di dunia kot. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Tiba-tiba. Abaikan. Menara Berkembar Petronas ini adalah pusat tumpuan sehenti penduduk kota dan juga pelancong dengan adanya pelbagai tarikan dengan ketinggian 88 tingkat. Apa yang menariknya dekat situ termasuklah Suria KLCC iaitu pusat membeli-belah yang mempunyai lebih kurang 270 buah kedai. Taman KLCC adalah taman yang dilengkapi kawasan pemainan kanak-kanak, air pancut, kolam randuk dan trek yang pastinya membuatkan anak-anak / adik-adik anda seronok main kat situ. Terdapat juga pusat pameran dan pembelajaran iaitu Petrosains dan Dewan Filharmonik Petronas dengan pelbagai persembahan klasik dan jazz bertaraf dunia. Kalau readers semua nak kan kelainan sikit,boleh melawat Jambatan SkyBridge yang memberikan anda peluang melihat pemandangan Kuala Lumpur di jambatan yang menghubungkan bangunan berkembar tertinggi di dunia itu. Tapi itu lah, tiket yang dikelurkan setiap hari adalah terhad dan perlu berbaris nak dapatkannya. Berbaris lama pun tak apa kan, janji dapat merasai kenikmatan berada di atas awan sambil tengok pemandangan KL. Sekali-tak-sekala, apa salahnya. Hehe

Tiada ulasan:
Catat Ulasan