Cari Blog Ini

Selasa, 4 Ogos 2015



 Kalau tadi kita dah tengok burung beterbangan di awan biru, sekarang ni kita nak masuk ke alam lautan biru pulak. Tempat tinggal ikan-ikan. Kalau korang pergi Aquaria KLCC ni, umpanya macam kita berada di dalam lautan di tengah Bandar yang pesat membangun. Dengan kedalaman 90 meter, pusat akuarium canggih ini memaparkan pelbagai spesis hidupan di dasar lautan di seluruh dunia. Dah boleh jadi galeri rujukan spesis ikan dah ni ha. Kat sini, kita boleh tengok hidupan laut secara real, boleh menghayati dan mengenali spesis ikan dengan lebih dekat. Selain tu, kita juga berpeluang untuk melihat aksi ikan jerung dari benua Afrika Selatan time kita lalu dekat terowong akuarium gergasi di laluan bergerak dan spesis hidupan lautan lain termasuk pari. Selain terowong akuarium gergasi tu, ada banyak lagi la akuarium pelbagai saiz yang ,menempatkan lebih 3 ribu ikan. Sudut gedung ilmu berteknologi elektronik pula merangkan maklumat setiap spesis hidupan. Ruang pameran ni tambah menyerlah dengan teknik pencahayaan dan dekorasi yang awesome. Rugi sapa tak pergi ni. Aquaria KLCC dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah pula, aquaria KLCC beroperasi dari jam 10.30 pagi hingga 8 malam dan kemasukan terakhir untuk Akuaria ditutup pada 7 malam. Bayaran untuk dewasa RM35 (mykad)/ RM45 (pelancong asing), kanak-kanak RM25/ RM35 dan warga emas RM25.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan