Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur (IAMM) adalah muzium seni Islam yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Taman Tasik Perdana dan bersebelahan dengan Masjid Negara, muzium yang terserlah keindahannya ini mempunyai lebih daripada 7 ribu artifak. Ia juga mempunyai sebuah perpustakaan yang memuatkan buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia. Yang menariknya dekat sini, kita berpeluang melihat sendiri hasil seni orang Islam dari sebelah Timur seperti India, China, dan Negara Asia Tenggara, berbanding muzium Islam luar Negara yang banyak menumpukan seni Islam dari Parsi atau Timur Tengah. Antara artifak yang dipamerkan termasuklah model masjid di seluruh dunia seperti Masjidil Haram di Makkah dan kitab suci al-quran sebesar saiz ibu jari. IAMM dibuka pada Selasa hingga Ahad termasuk cuti umum, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, manakala pada hari Isnin ditutup. Bayaran masuk ke IAMM ialah RM12 untuk dewasa, pelajar dan warga emas 55 tahun ke atas RM6, manakala kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah adalah percuma.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan