Cari Blog Ini

Selasa, 4 Ogos 2015



Penerokaan di dasar lautan dah sudah, berada di awan biru pun sudah,sekarang ni kita nak meneroka Universe pulak. Here we go, Planetarium Negara. Planetarium dibuka secara rasmi pada 7 Februari 1994 dengan matlamat penubuhannya adalah untuk mendidik masyarakat mengenai angkasa dan system solar kita, selain mempamerkan kelengkapan serta peralatan kaji bintang(astronomi). Reka bentuk bangunan Planetarium dengan seni bina Islam dan astronomi membuatkan ia menyerupai masjid tetapi digabungkan dengan wajah futuristik. Selain meneroka angkasa lepas di Galeri Pameran Penerokaan Angkasa, pengunjung boleh melihat teleskop di Balai Cerap Planetarium Negara, beriadah di kawasan rekriasi bertemakan angkasa dan taman replika Balai Cerap Purba. Di sini anda dapat melihat sendiri pelbagai pertunjukan dan tayangan antaranya Fly to the Moon, Solar Storm, Dawn of the Space Age dan Passport to the Universe. Planetarium Negara juga merupakan lokasi yang terkenal untuk melihat kejadian gerhana matahari atau bulan, melihat bujur bintang dan banyak lagi yang pastinya sangat mengujakan.(baku kan ayat ni, sebab copy paste dari Pak Cik Metro).Haha. Jom jalan-jalan ke Planetarium Negara yang beroperasi pada setiap hari dari Selasa hingga Ahad termasuk pada cuti umum dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Jangan pergi hari Isnin pulak, sebab Planetarium tutup. Hehe. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan