Cari Blog Ini

Selasa, 4 Ogos 2015


Menara Kuala Lumpur ni merupakan satu mercu tanda kebanggaan Negara. Dibuka secara rasmi pada tahun 1996, Menara Kuala Lumpur yang terletak di atas Bukit Nanas ini adalah merupakan menara telekominikasi keenam tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 421 meter. Walaupun Menara Kuala Lumpur ni terletak di tengah kesibukan ibu kota, ia menjanjikan anda dengan pemandangan yang mempesona dan persekitaran yang menyenangkan sebab Menara Kuala Lumpur ni dibina di dalam hutan simpan Bukit Nanas. Kat sana kita boleh berjalan merentas hutan Bukit Nanas ni lah. Boleh tengok tumbuhan dan seranggan bagai. Dan lagi, ofcoz lah kita boleh tengok pemandangan Kuala Lumpur yang pesat ni dari atas menara. Sambil-sambil tu boleh menjamu selera kat restoran berputar Menara Kuala Lumpur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan