Haaa, ini dia Taman Burung Kuala Lumpur, satu lagi tarikan dekat KL. Ia terletak di Taman Botani Kuala Lumpur. Kat taman burung ni, ada lebih daripada 3 ribu burung dan 200 daripadanya adalah burung tempatan. Punyalah besar taman burung ni dengan keluasan kira-kira 8.5 hektar, sekaligus menjadikannya taman burung tertutup terbesar di dunia sejak dibuka pada tahun 1991. Sebahagian dari kawasan ni ditutupi jaring bagi menjamin keselamatan 200 spesis burung yang menghuninya. Ya lah, karang terbang tak balik ke sangkar pulak burung ni ha. Taman burung ni terbahagi kepada empat zon. Zon satu dan dua adalah bahagian bebas terbang, di mana kita boleh tengok secara real lah burung2 ni terbang. Zon tiga pulak adalah Taman Enggang dan zon empat pula ada sangkar yang menempatkan spesis berkenaan. Kat Taman Burung ni, ada la aktiviti pertunjukan burung, bagi burung makan dan banyak lagi mengikut jadual. So, sapa-sapa yang teringin nak pergi tu, apa lagi start la enjin kereta sebab Taman Burung ni bukak setiap hari dari pukul 9 pagi sampai lah 6 petang. Bayaran masuk bagi dewasa RM25, kanak-kanak RM12.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan